KATA-KATA ALUAN

 


HOME

KEMBALI


Assalamu'alaikum wbt.

Kita kini sedang berada di era akhir zaman, menghampiri hari kiamat, di mana munculnya Imam Mahadi, juga akan munculnya gempa bumi dan perlanggaran cakerawala, Dajjal, turunnya nabi Isa (yang dianggap oleh penganut Kristian sebagai anak Tuhan) dan Kiamat besar.

Dalam menghadapi norma-norma wabak COVID 19 dan akhir zaman , kehidupan seharian kita tidak dapat lari dari keperluan-keperluan asas seperti makan minum, berehat dan berhibur.  Namun,  hidangan yang tiba di mata dan minda kita dan anak-anak generasi sekarang jika tidak dikawal akan menjerumuskan ke lembah kemusnahan yang lebih dahsyat.

Hiburan perlu bagi setiap individu, namun laluannya amat licin dan tajam untuk tergelincir ke gaung dosa.

Secara umumnya muzik dibolehkan di dalam Islam selagi tidak melekakan umat dari tanggungjawab terhadap Allah. Sebahagian besar pendapat para ulamak mengharamkan muzik kerana majoriti masyarakat leka dengan muzik hingga membawa aktiviti-akviti negatif seperti pergaulan bebas, meninggalkan ibadat2 fardhu, arak, dadah, maksiat jenayah dan sebagainya.

Maka Adwadin Production mengambil pendekatan agar ruang-ruang kehidupan yang dilalui itu mampu dikawal dan tidak terus hanyut.

(11.11 am. Rabu 27.10.2021, 20  Rabiul Awal 1443 H)


Imam Gazali dan Jalaluddin Rumi, keduanya sufi terkenal, memperkenalkan metodologi pendekatan diri ke pada Tuhan melalui seni. Seorang seniman idealnya lebih dekat dengan Tuhan karena jalur "rasa" adalah jalur paling efektif mendekati Tuhan. Kalau yang dimaksud dengan seniman ialah seseorang yang memiliki jiwa, rasa, bakat, dan atau watak seni, maka Nabi Muhammad SAW juga seniman. - RM.id  Rakyat Merdeka.

Namun jangan kita ambil keringanan itu sebagai alasan untuk kita berlebih-lebihan dalam muzik dan seni sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.  Syurga itu  benar. Neraka itu benar, Alam barzakh itu benar, mati juga benar.  Menutup aurat tetap wajib. Mendedahkannya tetap haram. Menyebarkan gambar-gambar dan video yang mendedahkan aurat juga tetap haram dan mendapat saham dosa.

Jiwa yang dikonggong dengan hukum hakam dan peraturan yang ketat juga tidak mustahil akan menerbitkan ketegangan, kebosanan dan berontak jiwa.  Sorong tarik kelambu nafsu agar masuk ke pasak yang betul itu sesungguhnya adalah  lebih bijaksana dan toleransi.

"Malaikat Izrael itu melawat setiap anak adam, sehari 70 kali.  Rasulullah saw sendiri bertaubat sehari 70 kali. Allah menerima taubat setiap hambaNya itu sehari 70 kali." - kata ulama.

Tidak sedikit kita mendengar cerita artis yang berhijrah ke bidang dakwah agama Islam, berinfaq secara nyata dan sembunyi. Tidak lupa juga kepada kisah-kisah kepergian artis yang disebut-sebut oleh ahli agamawan sebagai mati yang baik (Khusnul Khatimah). Perkara inilah yang kita perlu semaikan di kalangan artis.

Walau kita pernah dengar kisah ulamak dan agamawan yang akhir hidupnya hina kerana sifat takbur, sombong, riak dan sebagainya, namun itu adalah sebahagian sahaja. Kita tetap menghormati ulama yang benar-benar ikhlas ingin menegakkan agama Allah mengikut sunnah Rasulullah saw.


Akhir kalam, semoga seni yang kita pelajari, nikmati,cipta dan hidangkan itu memberi manfaat positif kepada rohani dan jasmani disamping memajukan negara, agama dan bangsa.

1.03 pm , Khamis 28.10.2021, 21 Rabiul awal 1443H



Ahmad Rudin bin Giman


HOME

KEMBALI


Comments

Popular posts from this blog

ADWADIN PRODUCTION